Saturday, November 12, 2011

Proton Exora REEV Menang Dua Anugerah di London


JURUTERA PROTON MAMPU MEMBANGUNKAN KERETA HIJAU
Kereta elektrik jarak tambahan nasional (REEV), Proton Exora REEV berjaya memenangi anugerah pada Cabaran Kereta Masa Depan Brighton ke London RAC (FCCBTL-RAC) buat kali kedua berturut-turut semalam.
Lebih menarik, Exora REEV bukan hanya memenangi anugerah Kereta Pelbagai Guna Cekap Tenaga terbaik, ia juga turut berkongsi anugerah Kenderaan Elektrik Jarak Tambahan (E-REV) terbaik dengan jenama gergasi pembuat kereta, Toyota.


Pertandingan Brighton to London RAC Future Car Challenge 2011 yang diadakan pada 5 November yang lalu di UK telah menyaksikan Proton memenangi dua kategori dengan mengungguli anugerah ‘Best Overall Extended Range’ dan ‘Most Energy Efficient Multi-Purpose’ melalui model Proton Exora Range Extended Electric Vehicle (REEV). Kemenangan tersebut turut dikongsi bersama model Toyota Prius Plug-in Hybrid 2012.

Pertandingan RAC Future Car Challenge 2011 melibatkan penyertaan 65 buah kenderaan rendah emisi, sesetengahnya tidak pernah dilihat di jalan raya di UK sebelum ini – bersaing merebut gelaran teratas dalam tiga kelas penyertaan berbeza dan tujuh kategori kenderaan, daripada kenderaan penumpang kecil sehinggalah kenderaan komersial ringan.
Cabaran sejauh 60 batu itu menampilkan pelbagai kenderaan dari pengeluar kereta terkenal dunia yang saling bersaing menggunakan sumber tenaga paling sedikit dalam perjalanan dari Brighton ke London. Selain kereta dengan sistem pembakaran dalaman konvensional yang rendah emisi, penyertaan tersebut turut menyenaraikan kereta elektrik, hibrid dan kereta yang dijana menggunakan sel bahan api hidrogen.
Simon Park, Pengarah Urusan Bahagian Jualan dan Pemasaran Proton di UK menjelaskan, penyertaan Proton kali ini melibatkan tiga buah kereta iaitu Exora REEV, Saga EV dan Persona Elegance REEV. Menurut Simon, mereka sangat berbangga dan gembira dengan kejayaan yang diraih oleh Exora REEV dalam pertandingan itu. Ianya secara jelas menunjukkan komitmen tinggi Proton terhadap produk eksport dan pelaburan untuk memperkenalkan model kereta baharu dalam segmen hibrid dan elektrik bagi memenuhi permintaan yang semakin berkembang.


Anda juga menyukai :
   











2 comments:

  1. That is an very good show which is been organised and the function which is provided on the cars is really very good.

    ReplyDelete