Wednesday, April 14, 2010

Garisan masa pengeluaran kereta Proton, 1985 hingga sekarang


Proton Arena: Sebuah trak utiliti mini yang juga dipanggil sebagai Proton Jumbuck di UK dan Australia).



Proton Gen-2: Satu-satunya kereta buatan Malaysia sepenuhnya (termasuk chasis dan enjin) dan merupakan model gantian untuk Proton Wira; dilancarkan pada 8 Februari 2004.


Proton Iswara: Merupakan perubahan rupa bagi Proton Saga; dilancarkan pada 1992.




Mitsubishi Town Box

Proton Juara: Sebuah MPV yang ringkas dan kecil berasaskan Mitsubishi Town Box.



Proton Persona: Dilancarkan pada 15 Ogos 2007. Kereta sedan 1.6 liter ini berasaskan kepada model terdahulu, Proton Gen-2 dengan menampilkan bentuk sedan berbanding Gen-2 dengan bentuk hatchback. Ia juga mengekalkan enjin 82kW Campro.




Mitsubishi Eterna

Proton Perdana: Berasaskan Mitsubishi Eterna, dikeluarkan untuk pasaran kereta mewah pada 1994. Proton Perdana V6: Versi V6 untuk Proton Perdana dengan pengubahsuaian kit.


Proton Pert: Mempunyai ciri yang sama seperti Mitsubishi Lancer Evolution. Model yang terkini dipasang seperti Evolution VII dan bertanding dalam kelas produksi di Kejuaraan Rali Dunia.



Mitsubishi Mirage.

Proton Putra: Sedan sport 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.




Mitsubishi Lancer Fiore


Second generation Saga BLM

Proton Saga: Merupakan model pertama, berasaskan model Mitsubishi Lancer Fiore. Ia dibangunkan buat pertama kali di Shah Alam pada bulan September 1985. Proton Saga ke 100,000 telah dikeluarkan pada Januari 1989. Model generasi kedua Proton Saga dikeluarkan pada Januari 2008 dengan reka bentuk serba baru rekaan Proton sendiri serta menggunakan enjin Campro IAFM 1.3L.



Mitsubishi Mirage Hatchback

 

Proton Satria: Sedan 3 pintu berpandukan Mitsubishi Mirage.



Proton Satria GTI: Hatchback sport 3 pintu. Merupakan percubaan Proton untuk mengeluarkan versi sport dan market hatchback berkuasa tinggi. Amat popular di Malaysia dan mempunyai pengikut yang ramai di Australia. Enjin berkuasa 4 silinder 1.8 liter DOHC.



Proton Satria R3: Merupakan versi terhad spek perlumbaan untuk Satria dengan hanya dikeluarkan sebanyak 150 unit. Merangkumi kerangka chasis ringan dan enjin ubahan.


Proton Satria Neo: Merupakan versi terbaru keluaran Proton. Ia dilancarkan pada 16 Jun 2006 dan didatangkan dalam 1.6L dan 1.3L dengan enjin Campro. Ia dijangka mengambil kembali pasaran jualan kereta Proton sebanyak 40%.





Proton Savvy: Dilancarkan pada 8 Jun 2005. Merupakan kereta kompak 5 pintu dengan 1,200 cc, model gantian untuk Proton Tiara. Tetapan standard kereta ini menerima enjin dan kotak gear semi-otomatik dari Renault.

Citroën AX 3 pintu


Citroën AX 5 pintu.

Proton Tiara: Merupakan kereta kompak berasaskan Citroën AX, direka dibawah lesen Proton dari 1996 hingga 2000.




Proton Waja: Juga dipanggil Proton Impian di Eropah, ia merupakan kereta Proton yang pertama direka sendiri. Tetapi, chasis kereta diambil dan direka berpandukan chasis dari Mitsubishi (melainkan varian 1,800 cc, dimana dibangunkan dengan menggunakan enjin Renault). Asalnya model Proton Waja 1.6 menggunakan enjin 4G18 yang turut digunakan oleh Mitsubishi Lancer model tahun 2000 tetapi kemudian ia mula menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada tahun 2008, enjin Campro pada Proton Waja turut dilengkapi teknologi pemasaan injap boleh laras Campro CPS.




Mitsubishi lancer/colt



Proton Wira: Juga dikenali sebagai Proton Persona di beberapa pasaran luar negara, ia telah diperkenalkan pada 1993 berasaskan Mitsubishi Lancer/Colt. Telah terjual sebanyak 220,000 unit diantara 1996 dan 1998. Versi ini amat popular di Malaysia.



The Proton Exora adalah kenderaan compact MPV  yang dikeluarkan oleh Proton dan telah di rasmikan pada  15 April 2009.Ia adalah model terbaru dari Proton berdasarkan Chasis yang baru. kemajuan MPV ini bermula dari scratch dan Ia merupakan rekabentuk MPV malaysia yang pertama,diatas adalah MPV pertama dilancarkan pada April 2009.

sumber dari: http://ms.wikipedia.org/wiki/Proton_(syarikat)

2 comments:

  1. Apa-Apa Pun Majulah Proton Untuk Malaysia...TQ

    ReplyDelete
  2. Salam..nak cari proton yang harge 3000 ada??

    ReplyDelete